Kperakkidz’s

Apa Kata Fasi

Salam semua,

Saya sebagai salah seorang Fasilitator merangkap Motivator semasa Kem KPerak Kidz 2008 merasa amat terharu dengan inisiatif Cikgu Abu mewujudkan blog ini untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin di kalangan warga Kem KPerak Kidz dan juga memperkenalkan kem ini kepada khalayak di luar sana. Tahniah dan terima kasih, Cikgu Abu!

Pengalaman saya bersama cikgu2 dan adik2 dalam siri kem tahun 2008 ini adalah sangat menakjubkan! Pertama kalinya dalam sejarah kerjaya saya sebagai fasilitator / jurulatih, saya berhadapan dengan anak2 Orang Asli yang berjumlah lebih ramai daripada kaum2 lain. Sungguh mengharukan apabila melihat semangat anak2 ini mahu belajar komputer dan melibatkan diri sebaik mungkin dalam sesi motivasi dan riadah yang dijalankan. Walaupun ramai di kalangan mereka tidak fasih dan tidak faham Bahasa Malaysia.

Saya melihat program ini sebagai sesuatu yang amat baik untuk diteruskan oleh KPerak. Tiada sebab yang boleh jadi penghalang untuk perkongsian ilmu. Dan saya berharap agar program ini diperluaskan lagi.. mana tahu satu hari nanti ada KKedah, KPahang, KNegeri Sembilan dan macam2 ‘K’ lagi kan..

Saya ucapkan tahniah kepada guru2 yg telah sudi membawa anak2 ini mengalami satu situasi yang amat asing bagi mereka. Syabas kerana tidak ramai yg sanggup mendidik anak2 Orang Asli dan pedalaman. Saya bangga dengan cikgu2 semua!

Untuk adik2 pula, yang bakal menghadapi UPSR tak lama lagi, didoakan semoga berjaya mendapat keputusan yang diimpikan. Ingat kita ada buat Poster Impian, ingat pesan abang2 dan kakak2 fasi semua. Kami sentiasa mendoakan anda.

Syabas KPerak kerana mengadakan program seperti ini! Semoga ianya berterusan dan dapat merealisasikan visi KPerak 2010.

Sekian, terima kasih!

Azzah AR
Fasi / Motivator

1 Comment

1 response so far ↓

  • kperakkidz // August 27, 2008 at 10:05 pm

    Haha.. Kem ini umpama sebuah sinar yang sentiasa menerangi, sentiasa terang bagi semua golongan. Kem umpama tidak percaya telah hampir 2 tahun ia dilaksanakan. Perkara yang baik, melatih perintis muda, anak-anak kecil pewaris bangsa untuk mendalami ilmu ICT. Hebat. Terima kasih semua.

Leave a Comment