Alhamdulillah….
Kini program yang tertunda lebih dari satu bulan muncul kembali. Ia tampil dengan objektif, sasaran dan kumpulan yang berbeza. Pilihan KPerak INC Corporation ialah memberi peluang kepada kumpulan pelajar dan guru-guru dari Sekolah Agama Rakyat yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan ini. Dengan sokongan dan kerjasama dari Jabatan Agama Islam Perak, Program Celik ICT SAR dapat diadakan buat pertama kalinya pada 25-29 Ogos 2008.
Hasil dari kajian serta soal selidik kakitangan KPerak INC terutama bahagian K-Society yang diterajui oleh Puan Nor Afidah Bt Abdullah didapati 8 buah SAR yang terdapat di negeri Perak. Oleh yang demikian, perancangan awal hanya 3 kem sahaja dirancangkan untuk tahun 2008. Mudah-mudahan ia akan berterusan sehingga masa hadapan. Insya-Allah….
Terima kasih kepada Dato’ Yaacob Nordin, Unit K-Society KPerak, Pegawai-Pegawai JAIP diatas kerjasama secara langsung atau tidak langsung. Semoga kerjasama bagi membangunkan program-program komuniti seperti ini diteruskan.

0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.